Ahad, 14 Oktober 2012

WHAT BUSINESS IS THE BEST


PERNIAGAAN APA YANG BAGUS



Soalan lazim yang ramai bertanya. Perniagaan apa yang boleh jadikan kita usahawan jutawan?
 
Selalunya saya akan tanya balik kepada yang bertanya. Rasa-rasanya perniagaan apa? Dan jawapan yang saya selalu dapat…
  • Perniagaan hartanah
  • Perniagaan construction
  • Perniagaan telekomunikasi
  • Perniagaan restoran…
  • Perniagaan insuran
  • Perniagaan MLM....
  • …dan sebagainya!
Hendak tahu jawapannya? Jawapannya mudah sahaja adalah….

Semua perniagaan boleh buat anda jadi jutawan!  ... Sebab itu saya selalu katakan... bisnes semua adalah bagus..yang penting HALAL (berkat REZEKI!!) dan SAH di sisi UNDANG2 negara... namun kenapa masih ramai yang GAGAL !!!!! .. mungkin kerana FATAL ASSUMPTION made ??? (baca buku Michael E Gerber on Why Most Small Businesses Don't Work and What to Do About it)

Tak kira apa sahaja perniagaan, kita boleh jadi usahawan jutawan. Tak percaya? Lihat sahaja semua industri… bukankah ada jutawan yang tercipta?
  • Jual produk kecantikan boleh jadi jutawan tak? Tentunya boleh… usahawan Sendayu Tinggi, De Navichee dan ramai lagi telah membuktikannya!
  • Jual kasut boleh jadi jutawan tak? Tentunya boleh… siapa tak kenal Jimmy Choo, usahawan jutawan kelahiran Malaysia yang menempa nama sampai ke Hollywood!
  • Jual perkhidmatan design boleh jadi jutawan? tentunya boleh…
  • E-Commerce  .. boleh jadi JUTAWAN... ramai.. Irfan Khairi, ND Lala, Khairol R... Amazon.com...
Jual baja boleh jadi jutawan? Jual kacang boleh jadi jutawan? Jual keropok boleh jadi jutawan? Jual ikan boleh jadi jutawan? Jual basikal boleh jadi jutawan? Jual dompet boleh jadi jutawan? Jual gitar boleh jadi jutawan?

Semuanya boleh. Sebut sahaja apa sahaja industri dan pastinya ada usahawan jutawan dalam industri tersebut!
Oleh itu, berhenti dari mencari alasan industri ni tak boleh… indistri itu tak boleh… industri ni susah dan sebagainya. Semua industri boleh mencipta usahawan jutawan. Ianya bergantung kepada usahawan – ANDA – sendiri! Kalau tak jadi usahawan jutawan, bukan salah industri. Tetapi SALAH KITA.

Ustad Haji Hayat, orang Semenyih mampu meraih RM500,000 dalam masa 3 bulan dengan hanya menjual Koyok kaki.

Ada yang menjual minyak wangi !!! ONE DROP perfume !! .. ramai yang menjadi jutawan!!! anda boleh melihat... banyak banner di sepanjang jalan!!!!  Janganlah pula bila anda baca post saya ni terus cadang nak jual koyok kaki dan mnyak wangi pula...

Ada strategy dan teknik dia untuk berjaya... belajarlah teknik2 ini......belajar, belajar, belajar dan belajar dulu !!!! Cari mentor ANDA.... ingat bukan biz yg kita cari... tapi adalah MENTOR !!!!  yang boleh memberitahu kita teknik.... mcm mana

1 - nak dpt RM100, RM200 atak RM4000 sehari atau lebih
2 - nak jadi jutawan dlm tempoh 10 bulan ... 1 tahun... !!
3 - nak mengekalkan.. kekayaan..!! (mana nak invest !!)..

Dlm byk2 perniagaan.. utk new comers yg tidak mempunyai modal yang besar... saya menasihati anda bermula dengan perniagaan.. E-Commerce dan E-Networking sebab MUDAH... tidak perlu set up syarikat (nak set up Sdn Bhd kena ada RM2500 - bagi ke SSM)... x perlu fikir office nyer infrastructure... tak perlu set up... marketing system.... semua ni memerlukan modal yang tinggi... x perlu fikir about gaji pekerja.. dan siapa yang saya perlu ambil untuk menjadi kerani, akauntan, driver lori, dan pegawai pemasaran.. dan etc.. tak perlu pikir .. pasal company secretary, AGM dan byk lagi....

ok lah .. ada org kata... buat apa RM2500... set-up ENTERPRISE company sudah ler... pergilah... modal dalm RM100-150 (bagi ke SSM).. tiap2 tahun... kena pikir duit lesen...nak kena pikir nak jual APE? PASARANNYA? marketing lagi?... dan mcm2.. lah... kekadang kerja sebelum ayam berkokok dah mula... ayam dah tido.. dan balik rumah lagi..!! tgk hujung bulan.. adehh..!! poket.. tembus juge!!!

MODAL  utk memulakan perniagaan e-commerce + e networking  ..bergantung kepada diri kita... tapi jgnlah kita hendak melabur... RM1... tapi hendak pulangan RM 1 juta...


TAPI IANYA TIDAK MUSTAHIL... JIKA ANDA FAHAM TEKNIK UTK MENGANDAKANNYA .. (THE POWER OF MULTIFICATION!!!) 

YANG PENTING!!! 

1 - BUANG ALASAN NEGATIF
2 - KATAKAN 'YA' pada peluang yang datang
3 - BELAJAR... BELAJAR.. BELAJAR !!!!!!
4 - JANGAN MUDAH PUTUS ASA..... dan


F - Forget
O - other
C - company (bisnes)
U - Until
S - success .....


JUMPA ANDA DI PUNCAK KEJAYAAN !!!!

Ahad, 27 Mei 2012

JOM JOIN ME..



    Salam kepada viewer2 yang melayari laman ni. Walaupun saya bukan fotografer terhandal, tapi bagi yang mengenali sya dan juga kepada sesiapa yang minatnya mendalam tentang fotografi.. Dengan penuh penghargaan, saya memanggil anda untuk menyertai laman blog ni.. Untuk kita kongsi pengetahuan kah, komen-komen pedas kah, komen terangkat kah dan macam-macam lah okey...Ada Bran???

    caranya mudah jak, tekan button sertai di bottom page tu.. kemudian bole pilih nak sign in pakai akaun google kah, akaun fesbuk kah akan twitter kah dan ada beberapa ikon lain lagi...So jangan ragu-ragu , bertindaklah dari sekarang...Sekian, terima kaseh..

Jumaat, 25 Mei 2012

Pavi oh Pavilion..gedung fesyen



 Shoot2 ni aku tangkap di pavilion fashion show.. .ramai gak fotografer, aku just menggunakan camera canon ku yang ciput tu EOS550D , mengambil gambar2 ni..my first time in fashion event..Lense 135, aparture 3.5 ,Speed 635, ISO 800.
Suke gambar time dorang catwalk nie..Exclusive fashion untuk ke pejabat. warna hitam tu aku serlahkan lagi kehitamannya..
RABEANCO Collection

Ini collection favourite G2000
Mantapp kan tu model. Aku ambil di posisi yang lebey tinggi dr fotografer2 yang lain..malu ba..kamera dorang mantap2 semuanya..


Teknik Lighting dlm 'lightroom' ni sy pakai untuk menyerlahkan lg cahaya lampu di blazzer si pemakai yg depan skali tu...yg di blkng jauh tu kasi blur sket lah..
This is my favorite model..ahaks! dunno her name.

Jumaat, 27 Januari 2012

KUCINGAN D' JANUARI

LOVELY RICO
 DUDU@LUCKYKUCING OLDTOWN


 LUCKY (masa muda & tgh sakit)
Inilah Insan pencinta kucing yang bukan buaya.. kita gelar dia Kucing man. Rico dan dudu tu kucing peliharaannya.. banyak kos dia invest utk mentainance kucingnya tu.. tapi dia 'Adakukesah' yg penting dia ada kucing. Nama btol si kawan ni Syah Shukor ..add lah dia di facebook klu mo kenal.. he he


Rabu, 21 Disember 2011

MY ORANG KUAT BR1M TELUPID




JAAPAR









MIMI LIZ
ZULHUSNI

                       SHARMILI

                                 WIWIN
PG.AKMAL

Isnin, 19 Disember 2011

BR1M UNTUK SEMUA..

Salam semua, memang ramailah yang mencari borang BR1M ni walaupun sesetengah tu ada yang tak layak pun sibuk nak cari. Mencuba nasib agaknya? Nasihat saya, jangan nak buat pasal kalau ada niat nak menipu. Nanti kerana RM 500, tak pasal ke mahkamah dan silap haribulan masuk ke penjara pula.
Terlalu banyak kisahnya gelagat pemohon di Daerah Telupid ini.. terutama dialeknya yang seperti kita sedia maklum majority penduduk disitu adalah orang Dusun. banyak ayat-ayat yang melucukan yang tidak pernah tercapai diakal terkeluar spontan mencuit hati. Kesian juga kalau diperhatikan ada diantara mereka kahwin dalam usia yang terlalu muda. Mungkin kureng hiburan lain di kawasan ini, Apa-apapon...penduduk telupid memang sempoi dan sporting dari sesuatu segi...
Well done u guys..





Isnin, 5 Disember 2011

SECRET HOME GARDEN

Setangkai bunga telah mekar untuk saat ini.
Pasti besok dia akan mati dengan sendiri.
                Dalam menitan sesaat menggoda hati.
Namun sayang dia lantas pergi.
                 Meninggalkan sedikit sayatan dalam hati.


EOS 550D/EF-s18-135mm/ f4.5-5.6 IS/programme AE (1/225 sec,f/5.6) Exposure compensation: -0.3EV/ISO 100/WB : Auto.



 
Bunga -bunga ni aku amik gambar nya di dua kawasan..RDC Sandakan dan APM bangi..Yang menarik minat aku amik gambar2 ni..sebab setakat ni aku blom ada koleksi gambar bunga .saja jer nak test powerrr..tapi yang penting tu warnanya kombinasi yang menyerlah ku kontraskan lagi agar nampak lebih vouge gituu, tapi apa-apa pon saya budak baru blajar, kalau berani komen ler..

Sabtu, 3 Disember 2011

IF THE WALLS COULD TALK


 Thanks to Mary dan Ali kerna sudi meluangkan masa Outing bersama saya Di depan Usria Sabah, Kota kinabalu sekitar jam 4pm., Bangunan abandoned ini di kreatifkan oleh org-org kk yang banyak ilham seni di otak mereka.., wonderfull job.Ini antara tempat yang aku ingin sangat nak ku  mengoutingkan diri..he he warna-warni walls nampak sangat terserlah..meceriahkan lagi suasana di samping posing-posing model yang mantap.

EOS 550D/EF-S 18-135mm f/3.5-4.5USM/Aparture-AE (1/500sec.f/3.5/ISO 400/WB: Daylight



Flirting almost success


Isnin, 14 November 2011

My Coretan (InsyaAllah)

Insyaallah dari segi bahasa bermaksud "jika dikehendaki dan dengan izin Allah sesuatu akan berlaku".

Insyaallah merupakan satu harapan dan doa sekaligus. Amat baik sebagai
tanda pengharapan dan doa hamba yang lemah kepada Zat Allah swt. yang
Maha Berkuasa. Secara kasar, ianya ibarat seperti sudah berjanji dengan
janji yang sudah pasti ditepati mengikut logik akal manusia TETAPI harus diingat, ianya harus disertai dengan redha menyerahkan sepenuhnya kepada ketentuan Allah swt. dan menerima takdir Illahi tanpa perasaan keluh kesah serta pasrah terhadap kehendak Allah swt. bahawa hanya DIA yang mengatur segala urusan.

Sebagai seorang Islam, kita amat digalakkan melafaz kalimah Insyaallah
sebagai satu tanda dan peringatan bahawasanya segala urusan dan kuasa
Allah swt. itu mengatasi segalanya kerana Allah swt. jualah yang Maha
Mengetahui apa yang tidak kita ketahui.

Selamat beramal....

Ahad, 13 November 2011

POTRAIT FACES NOV 2011

 Model : Myzuerah /
Location :Madai Waterfall
Model : Hazlan Haron
                                                                                         Location  : Telupid River
 Model :  Fiffy / Ulfha  
Location : Tawau Jetty                                            

Model : Maryline
                                                                        Location : Nothern Lake

Model : Mysta
                                                                               Location : RDC Sandakan

Rabu, 9 November 2011

My Coretan

Salam kepada semua. Hari ini aku terasa untuk menekan kekunci keyboard untuk menulis, sajer melayan mata yang tak nak lelap.Badan lak terasa letih sesangat. Bermula  pada bulan lepas november 2011, aku start berkecimpung dalam dunia kamera.. Mulanya aku dipilih menjadi model untuk 2 orang rakan yang bertanggungjawab menjerumuskan aku dalam dunia kamera ini..

Oleh kerana terpesona sangat dengan hasilnya, gatal plak tangan aku menggarut untuk mendapatkan kamera.he he he.., terima kasih kepada LeeHadi dan Haya orang-orang yang bertanggungjawab atas segalanya..Sokongan daripada keluarga dan model-model juga banyak menaikkan semangat kami...

InsyaAllah usaha ini akan ditingkatkan, motoku "No Turning back".. jangan 'Wrong Turn' sudah..
Thanks to viewers for support. Aku akan terus upload gambar2 ang kurasa menarik untuk mengindahkan lagi Blog ni..Harapan ku korang suka ek!.

Selasa, 8 November 2011

WATER OUTING..

friends forever
                                                                      Lokasi : Tawau Jety

Abandon Waterfall
                                                           Lokasi : Madai, Lahad Datu
                       

Appreciate The Creator
                                                                 Lokasi : The Nothern Lake, Sandakan


Patiently Wait
                                                                        Lokasi: Lake Nothern, Sandakan

Unpredictable Sunset
                                                                    Lokasi : Tg. Aru Beach, K.Kinabalu