Isnin, 14 November 2011

My Coretan (InsyaAllah)

Insyaallah dari segi bahasa bermaksud "jika dikehendaki dan dengan izin Allah sesuatu akan berlaku".

Insyaallah merupakan satu harapan dan doa sekaligus. Amat baik sebagai
tanda pengharapan dan doa hamba yang lemah kepada Zat Allah swt. yang
Maha Berkuasa. Secara kasar, ianya ibarat seperti sudah berjanji dengan
janji yang sudah pasti ditepati mengikut logik akal manusia TETAPI harus diingat, ianya harus disertai dengan redha menyerahkan sepenuhnya kepada ketentuan Allah swt. dan menerima takdir Illahi tanpa perasaan keluh kesah serta pasrah terhadap kehendak Allah swt. bahawa hanya DIA yang mengatur segala urusan.

Sebagai seorang Islam, kita amat digalakkan melafaz kalimah Insyaallah
sebagai satu tanda dan peringatan bahawasanya segala urusan dan kuasa
Allah swt. itu mengatasi segalanya kerana Allah swt. jualah yang Maha
Mengetahui apa yang tidak kita ketahui.

Selamat beramal....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan