Ahad, 27 Mei 2012
JOM JOIN ME..
Salam kepada viewer2 yang melayari laman ni. Walaupun saya bukan fotografer terhandal, tapi bagi yang mengenali sya dan juga kepada sesiapa yang minatnya mendalam tentang fotografi.. Dengan penuh penghargaan, saya memanggil anda untuk menyertai laman blog ni.. Untuk kita kongsi pengetahuan kah, komen-komen pedas kah, komen terangkat kah dan macam-macam lah okey...Ada Bran???
caranya mudah jak, tekan button sertai di bottom page tu.. kemudian bole pilih nak sign in pakai akaun google kah, akaun fesbuk kah akan twitter kah dan ada beberapa ikon lain lagi...So jangan ragu-ragu , bertindaklah dari sekarang...Sekian, terima kaseh..
Jumaat, 25 Mei 2012
Pavi oh Pavilion..gedung fesyen
Shoot2 ni aku tangkap di pavilion fashion show.. .ramai gak fotografer, aku just menggunakan camera canon ku yang ciput tu EOS550D , mengambil gambar2 ni..my first time in fashion event..Lense 135, aparture 3.5 ,Speed 635, ISO 800.
Suke gambar time dorang catwalk nie..Exclusive fashion untuk ke pejabat. warna hitam tu aku serlahkan lagi kehitamannya..Ini collection favourite G2000
Mantapp kan tu model. Aku ambil di posisi yang lebey tinggi dr fotografer2 yang lain..malu ba..kamera dorang mantap2 semuanya..
Teknik Lighting dlm 'lightroom' ni sy pakai untuk menyerlahkan lg cahaya lampu di blazzer si pemakai yg depan skali tu...yg di blkng jauh tu kasi blur sket lah..
This is my favorite model..ahaks! dunno her name.Jumaat, 27 Januari 2012
KUCINGAN D' JANUARI
LOVELY RICO
DUDU@LUCKY
KUCING OLDTOWNLUCKY (masa muda & tgh sakit)
Inilah Insan pencinta kucing yang bukan buaya.. kita gelar dia Kucing man. Rico dan dudu tu kucing peliharaannya.. banyak kos dia invest utk mentainance kucingnya tu.. tapi dia 'Adakukesah' yg penting dia ada kucing. Nama btol si kawan ni Syah Shukor ..add lah dia di facebook klu mo kenal.. he he
Rabu, 21 Disember 2011
Isnin, 19 Disember 2011
BR1M UNTUK SEMUA..
Salam semua, memang ramailah yang mencari borang BR1M ni walaupun sesetengah tu ada yang tak layak pun sibuk nak cari. Mencuba nasib agaknya? Nasihat saya, jangan nak buat pasal kalau ada niat nak menipu. Nanti kerana RM 500, tak pasal ke mahkamah dan silap haribulan masuk ke penjara pula.
Terlalu banyak kisahnya gelagat pemohon di Daerah Telupid ini.. terutama dialeknya yang seperti kita sedia maklum majority penduduk disitu adalah orang Dusun. banyak ayat-ayat yang melucukan yang tidak pernah tercapai diakal terkeluar spontan mencuit hati. Kesian juga kalau diperhatikan ada diantara mereka kahwin dalam usia yang terlalu muda. Mungkin kureng hiburan lain di kawasan ini, Apa-apapon...penduduk telupid memang sempoi dan sporting dari sesuatu segi...
Well done u guys..
Isnin, 5 Disember 2011
SECRET HOME GARDEN
Setangkai bunga telah mekar untuk saat ini.
Pasti besok dia akan mati dengan sendiri.Dalam menitan sesaat menggoda hati.
Namun sayang dia lantas pergi.
Meninggalkan sedikit sayatan dalam hati.
EOS 550D/EF-s18-135mm/ f4.5-5.6 IS/programme AE (1/225 sec,f/5.6) Exposure compensation: -0.3EV/ISO 100/WB : Auto.
Bunga -bunga ni aku amik gambar nya di dua kawasan..RDC Sandakan dan APM bangi..Yang menarik minat aku amik gambar2 ni..sebab setakat ni aku blom ada koleksi gambar bunga .saja jer nak test powerrr..tapi yang penting tu warnanya kombinasi yang menyerlah ku kontraskan lagi agar nampak lebih vouge gituu, tapi apa-apa pon saya budak baru blajar, kalau berani komen ler..
Sabtu, 3 Disember 2011
IF THE WALLS COULD TALK
Thanks to Mary dan Ali kerna sudi meluangkan masa Outing bersama saya Di depan Usria Sabah, Kota kinabalu sekitar jam 4pm., Bangunan abandoned ini di kreatifkan oleh org-org kk yang banyak ilham seni di otak mereka.., wonderfull job.Ini antara tempat yang aku ingin sangat nak ku mengoutingkan diri..he he warna-warni walls nampak sangat terserlah..meceriahkan lagi suasana di samping posing-posing model yang mantap.

Langgan:
Catatan (Atom)
ini time di PAVI



























